Tokoh yang ulung sekali sepanjang zaman? | |
Pemimpin yang agung? | |
Guru yang agung? | |
Orang yang banyak sekali membuat kebajikan untuk manusia? | |
Orang yang telah menjalani hidup yang paling suci? |
Lawatlah ke mana-mana
pun dan berbicaralah dengan penganut agama apa pun. Jika mereka
mengetahui sejarah, mereka akan mengaku bahawa tidak pernah ada
peribadi seperti Yesus dari Nazaret, tidak kira betapa komited mereka
terhadap agama itu. Dia adalah tokoh yang unik sepanjang zaman.
Yesus telah mengubah
haluan sejarah. Malah tarikh pada suratkhabar harian pun membuktikan
bahawa Yesus telah hidup kira-kira 2,000 tahun dahulu. B.C. bererti
"Sebelum Masihi" dan A.D. Anno Domino, "Setelah
Masihi".
Kedatangan-Nya telah dinubuatkan
Beratus tahun sebelum kelahiran Yesus,
Alkitab mencatatkan nubuat para nabi Israel tentang kedatangan-Nya.
Perjanjian Lama yang ditulis oleh ramai orang dalam jangka masa lebih
kurang 1,500 tahun, mengandungi lebih daripada 300 nubuat tentang
kedatangan-Nya. Semua butir nubuat terjadi dengan tepat.
Kehidupan Yesus, mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya, kata-kata-Nya,
kematian-Nya di atas salib, kebangkitan-Nya, dan kenaikan-Nya ke
Syurga -- semua ini menunjukkan bahawa Dia lebih daripada manusia.
Yesus sendiri mendakwa, " Aku dan Bapa adalah satu."
(Yohanes 10:30), "Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat
Bapa" (Yohanes 14:9), dan "Akulah jalan untuk mengenal Tuhan
dan untuk mendapat hidup. Tidak seorangpun dapat datang kepada Bapa
kecuali melalui Aku." (Yohanes 14:6)
Hidup dan kata-kata-Nya menyebabkan perubahan
Perhatikan hidup dan pengaruh Yesus
Kristus sepanjang sejarah, dan anda akan melihat bahawa Dia dan
kata-kata-Nya sentiasa membawa perubahan yang besar dalam hidup
manusia dan bangsa. Ke mana saja ajaran dan pengaruh-Nya disebarkan,
kesucian dalam perkawinan, hak asasi wanita dan suara rakyat
diterima. Sekolah-sekolah dan universiti-universiti didirikan;
undang-undang untuk melindungi kanak-kanak diluluskan; perhambaan
dihapuskan, dan banyak lagi perubahan telah dilakukan untuk kebaikan
manusia.
Individu-individu juga mengalami perubahan yang dramatik. Contohnya, Lew Wallace. Dia adalah seorang jeneral yang terkenal dan seorang sasterawan genius yang pernah tidak percaya pada Tuhan. Wallace meluangkan masa selama dua tahun di perpustakaan terkenal di Eropah dan Amerika untuk mencari maklumat yang dapat menghancurkan agama Kristian selama-lamanya. Ketika dia menulis bab kedua, tiba-tiba dia mendapati dirinya berlutut dan berteriak mengakui Yesus sebagai Tuhannya.
Kerana bukti yang tidak dapat dipertikaikan, dia tidak dapat lagi menyangkal bahawa Yesus Kristuslah Anak Tuhan. Kemudian, Wallace telah menulis "Ben Hur", salah sebuah novel Inggeris termasyur yang pernah ditulis mengenai zaman Kristus.
Begitu juga dengan mendiang C.S. Lewis. Bertahun-tahun lamanya, profesor di Universiti Oxford ini menyangkal keilahian Yesus. Tetapi dia juga secara jujur menyerahkan hidupnya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Penyelamatnya, setelah mempelajari bukti yang kukuh tentang keilahian Yesus.

Pembohong atau orang gila?
Di dalam bukunya yang terkenal,
"Mere Christianity", Lewis menyatakan, "Seorang manusia
biasa yang mengatakan hal-hal seperti yang Yesus ucapkan, tidak
mungkin adalah seorang guru moral yang agung. Dia mungkin seorang gila
atau syaitan dari neraka. Anda harus memilih -- apakah Yesus adalah
Anak Allah, seorang gila, atau lebih teruk daripada itu. Anda boleh
menganggap Yesus sebagai seorang gila, atau berlutut di kaki-Nya dan
mengakui Dia sebagai Allah. Tetapi janganlah kita menghina Yesus
dengan mengatakan bahawa Dia seorang guru yang agung. Pilihan itu
langsung tidak wujud."
Siapakah Yesus bagi anda? Jawapan anda akan menentukan hidup anda di dunia ini dan hidup selama-lamanya.
Kebanyakan agama adalah diasaskan oleh manusia dan berdasarkan falsafah buatan manusia, dan kebiasaan tingkah laku. Singkirkan pengasas-pengasas agama dari amalan praktik agama masing-masing, sedikit sahaja akan berubah. Tetapi singkirkan Yesus dari agama Kristian, tidak ada apapun akan tertinggal. Agama Kristian bukan sekadar falsafah hidup, etika piawai atau ketaatan mengerjakan suruhan agama. Agama Kristian yang benar adalah berasaskan kepentingan hubungan peribadi dengan Penyelamat yang hidup, Yesus Kristus.

Pengasas yang telah bangkit
Agama Kristian adalah unik -- Yesus
disalibkan, dikuburkan, dan tiga hari selepas itu bangkit dari
kematian. Sebarang perdebatan tentang kesahan agama Kristian adalah
bergantung kepada bukti kebangkitan Yesus dari kematian.
Sepanjang zaman, kebanyakan cendekiawan hebat yang pernah mempertimbangkan bukti-bukti kebangkitan Yesus, percaya bahawa Yesus hidup. Setelah memeriksa bukti kebangkitan seperti yang dinyatakan oleh penulis-penulis Kitab Injil, mendiang Simon Greenleaf, seorang yang berwibawa tentang isu-isu perundangan di Harvard Law School membuat kesimpulan: "Adalah mustahil mereka dapat terus menegaskan bahawa apa yang mereka katakan itu benar jika Yesus tidak betul-betul bangkit dari kematian, dan mereka tidak pasti tentang fakta ini." John Singleton Copley yang diiktirafkan sebagai salah seorang intelek guaman terkemuka dalam sejarah British, memberi komen begini, "Saya pasti apa yang dimaksudkan bukti. Saya beritahu anda, bukti sebegini belum pernah tumpas."

Mengapa anda percaya
Kebangkitan Kristus adalah pokok iman
seorang Kristian. Ada beberapa sebab mengapa mereka yang mempelajari
kebangkitan, percaya bahawa itu benar :
Nubuat:
Pertama, Yesus sendiri yang menubuatkan tentang kematian dan
kebangkitan-Nya, dan hal-hal itu terjadi dengan tepat seperti apa yang
telah Dia nubuatkan (Lukas
18:31-33).
Kubur yang kosong: Kedua, hanya
kebangkitan dapat menjelaskan dengan munasabah kubur-Nya yang kosong.
Membaca kisah Alkitab itu dengan teliti akan menunjukkan bahawa
kubur di mana mereka meletakkan tubuh Yesus dijaga dengan ketat oleh
askar-askar Roma dan ditutup dengan batu yang sangat besar. Jika Yesus
tidak mati tetapi hanya menjadi lemah, seperti yang dikatakan oleh
sesetengah orang, maka para pengawal dan batu tersebut akan menghalang Dia
daripada melarikan diri -- begitu juga dengan sebarang usaha
pengikut-pengikut untuk menyelamatkan-Nya. Musuh-musuh Yesus tidak akan
menyembunyikan tubuh Yesus sebab kehilangan tubuh-Nya hanya akan menguatkan
lagi kepercayaan tentang
kebangkitan-Nya.
Pertemuan-pertemuan peribadi: Ketiga, hanya kebangkitan dapat menjelaskan mengapa Yesus dapat menampakkan diri kepada murid-murid-Nya. Setelah kebangkitan-Nya, Yesus menampakkan diri sekurang-kurangnya 10 kali kepada mereka yang mengenali Dia, dan pada suatu ketika kepada lebih daripada 500 orang. Tuhan membuktikan bahawa semua penampakan ini bukanlah halusinasi: Dia makan dan berbual-bual dengan mereka dan mereka menjamah tubuh-Nya. ( I Yohanes 1:1)
Kelahiran gereja: Keempat, hanya kebangkitan dapat menjelaskan dengan munasabah permulaan gereja Kristian. Gereja Kristian merupakan institusi terbesar yang wujud atau pernah wujud di sepanjang sejarah dunia. Lebih daripada setengah khutbah-khutbah awal yang pernah disampaikan adalah berkaitan dengan kebangkitan (Kisah Para Rasul 2:14-36). Ketara sekali gereja awal mengetahui bahawa kebangkitanlah dasar khutbah. Musuh-musuh Yesus dan para pengikut-Nya boleh menghentikan mereka daripada berkhutbah demikian sekira mereka dapat mengeluarkan tubuh Yesus.
Hidup yang berubah: Kelima, hanya kebangkitan dapat menjelaskan dengan munasabah hidup murid-murid yang berubah. Mereka meninggalkan Dia sebelum kebangkitan-Nya. Setelah kematian-Nya mereka menjadi kecewa dan takut. Mereka tidak sangka bahawa Yesus akan bangkit dari kematian (Lukas 24:1-11).
Walaupun demikian, setelah kebangkitan Yesus dan pengalaman mereka pada hari Pentakosta, murid-murid yang kecewa dan takut ini berubah kerana kuasa kebangkitan Kristus. Dalam nama Yesus, mereka menyebabkan dunia tunggang-terbalik. Ramai mati kerana iman mereka; yang lainnya dianiaya dengan kejam. Mereka pasti tidak akan berani macam ini jika mereka tidak yakin bahawa Yesus benar-benar telah dibangkitkan dari kematian - suatu kebenaran yang berbaloi untuk mati.

Saya pernah bekerja
dengan para
cendekiawan dari universiti seluruh dunia selama 40 tahun.
Tetapi, saya belum pernah bertemu dengan
satu orangpun yang tidak percaya bahawa Yesus memanglah Anak
Allah, Mesias yang telah
dijanjikan, setelah mereka mempertimbangkan bukti-bukti secara
jujur. Walaupun sesetengah orang tidak percaya, mereka dengan
jujur mengakui bahawa mereka tidak meluangkan masa untuk
membaca Alkitab
atau mempertimbangkan fakta-fakta sejarah tentang Yesus.
Tuhan
yang hidup: Kerana kebangkitan Yesus, para pengikut-Nya yang
sebenar tidak lagi sekadar mematuhi etika seorang pengasas
yang telah mati, tetapi memiliki suatu hubungan peribadi dengan Tuhan yang hidup. Yesus Kristus hidup hari ini dan Dia
setia memberkati mereka yang mempercayai dan mentaati Dia.
Berabad-abad lamanya, ramai orang telah mengakui kebenaran tentang
Yesus, termasuk mereka yang telah banyak mempengaruhi dunia.
Ahli falsafah Perancis, Blaise Pascal, mengatakan tentang keperluan manusia terhadap Yesus: "Terdapat suatu kekosongan yang diciptakan oleh Allah di dalam hati setiap orang. Kekosongan ini hanya boleh diisi oleh Allah sendiri melalui anak-Nya, Yesus Kristus."
Mahukah anda mengenali Yesus Kristus secara peribadi sebagai Penyelamat yang hidup? Sesungguhnya anda dapat! Yesus begitu ingin menjalin hubungan peribadi yang penuh kasih dengan anda, sehingga Dia sudah menguruskan segala yang perlu.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar